Trump gesa Republikan jangan tonton konvensyen Demokrat

July 29, 2016 - tonton

PHILADELPHIA: Tinjauan yang meletakkan konvensyen Demokrat mendahului persidangan Republikan mendorong calon parti itu, Donald Trump, menggesa penyokongnya tidak menonton ucapan yang bakal disampaikan pencabarnya, Hillary Clinton.

Data yang dikumpulkan agensi tinjauan pendapat, Nielsen menunjukkan konvensyen Demokrat di Philadelphia jauh meninggalkan acara Republikan di Cleveland sepanjang tiga hari setakat ini.

Clinton mendapat pencalonan rasmi sebagai calon Rumah Putih pada malam terakhir persidangan itu tetapi pasukan Trump mendesak anggota Republikan tidak menonton konvensyen itu.

“Kecuali anda mahu ditipu, diperkecilkan dan diserang kerana kepercayaan anda, jangan tonton ucapan Hillary Clinton malam ini.

“Sebaliknya, bantu Donald Trump memastikan beliau bertanggungjawab, membongkar pembohongan dan menentang serangan jahatnya,” kata pasukan kempen Trump dalam emel.

Pada hari pembukaan, konvensyen Demokrat menarik hampir 26 juta penonton, berbanding 23 juta bagi Republikan.

Hari kedua menyaksikan seramai 24.7 juta penonton menyaksikan persidangan Demokrat, hampir lima juta mengatasi Republikan, menurut Nielsen.

Sementara Demokrat menarik 24.4 juta penonton pada hari ketiga, lebih sejuta mengatasi penonton konvensyen Republikan.

Malah sebahagian nama besar dalam muzik cocktail termasuk Katy Perry, Lenny Kravitz dan Paul Simon menjadi tajuk utama dalam acara itu di Philadelphia.

– AFP

More tonton ...

› tags: tonton /