Tonton sasar pendapatan, langganan naik 25 peratus

December 8, 2017 - tonton

“)})();

KUALA LUMPUR: Penyiar kandungan ‘over-the-top’ (OTT) Media Prima Bhd (MPB), tonton menyasarkan peningkatan pendapatan dan langganannya hingga 25 peratus pada tahun hadapan.

Pengarah tonton, Pelesenan dan Pembarangan Rangkaian Televisyen MPB, Airin Zainul, berkata pihaknya optimis dapat mencapai sasaran itu berdasarkan kerjasama strategik dan produk baharu tonton.

“Bermula Januari 2018, pelbagai produk baharu diperkenalkan seperti kandungan definisi tinggi, Smart TV, modem OTT Android dan tontonan sosial. Ini bagi memenuhi kehendak pelanggan kini yang mahukan kelebihan dalam tontonan OTT.

“Selain itu, kita juga menjalin kerjasama strategik dengan pembekal kandungan Hypp TV, dimsum, iflix dan EROS serta DiGi.

“Apa yang lebih menarik, kita juga melancarkan portal hiburan dan gaya hidup baharu dikenali sebagai xtra,” katanya pada majlis Rated xtra Parti di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Datuk Kamal Khalid; Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen MPB, Johan Ishak dan Pengurus Besar tonton, Ben Jern Loh.

Airin berkata, sehingga 1 Disember lalu, tonton mencatatkan jumlah langganan sebanyak 7.55 juta dan jumlah itu disasarkan meningkat sekitar 18,000 langganan seminggu.

Beliau berkata, tonton yang menguasai pasaran OTT tempatan pale banyak ditonton juga bakal melebarkan penguasaannya ke dua atau tiga negara Asia Tenggara tahun hadapan.

“Ketika ini tonton sudah berada di Singapura dan Brunei melalui kerjasama strategik dengan pihak di sana, dan jumlah langganan yang kami terima sangat menggalakkan.

“Ketika ini 20 peratus sumbangan pendapatan dan langganan dari dua negara itu manakala 80 peratus dari pasaran tempatan.

“Berdasarkan perkara ini, kami yakin sumbangan dari pasaran luar negara dapat dipertingkatkan selepas memasuki pasaran negara Asia Tenggara yang lain,” katanya.

2017 © BH Online | New Straits Times Press (M) Berhad (4485-H) | Hak Cipta Terpelihara

Berita HarianX

More tonton ...

  • Tonton tarik perhatian delegasi antarabangsa APOS 2017Tonton tarik perhatian delegasi antarabangsa APOS 2017 BALI: Kandungan Tonton mendapat perhatian delegasi antarabangsa apabila beberapa gergasi telekomunikasi mula menyatakan minat untuk membawakan platform itu ke negara masing-masing. […]
  • Media Prima, Maxis tawar langganan Tonton percumaMedia Prima, Maxis tawar langganan Tonton percuma KUALA LUMPUR: Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd (RTMP) menjalin kerjasama dengan Maxis Bhd bagi membolehkan pelanggan Pelan MaxisOne menikmati 5 Gigabite (GB) data 'video […]
  • Baucar khas pakej Tonton VIPBaucar khas pakej Tonton VIP Istimewa sempena sambutan Hari Malaysia, seramai 1,000 pelanggan awal pakej Tonton VIP akan menerima baucar membeli-belah bernilai RM30 daripada CJ WOW Shop. Baucar itu khas bagi ahli […]

› tags: tonton /