Tonton pornografi sejak sekolah rendah

July 28, 2018 - tonton

PERANAN ibu bapa adalah faktor pale penting bagi mengatasi masalah gejala sosial, pornografi daripada terus berleluasa dalam kalangan kanak-kanak di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd Fazari Mohd Salleh berkata, apa juga isu berkaitan kanak-kanak, ia sememangnya tidak boleh lari daripada tanggung jawab ibu bapa dan keluarga itu sendiri.

Kata Mohd Fazari, jika kerajaan melaksanakan undang-undang ketat sekali pun, ia tetap tidak akan dapat membanteras gejala sosial itu sekiranya masih tiada kawalan yang sepatutnya di rumah.

“Masyarakat hari ini berdepan dengan kecanggihan dunia teknologi dan kanak-kanak juga boleh mendapatkan peranti dengan mudah untuk melayari internet dengan bebas.

“Jika tidak dikawal, pastinya kanak-kanak akan mudah terdedah dengan pornografi.

“Jadi, dalam isu ini, peranan ibu bapa pale mustahak kerana hanya merekalah yang dapat mengawal, mendidik dan menyelia aktiviti anak masing-masing ketika melayari internet di rumah,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Mohd Fazari mengulas mengenai laporan muka depan Harian Metro hari ini mengenai pendedahan kajian Fakulti Psikologi Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mendapati kanak-kanak lelaki dan perempuan seawal usia 12 tahun di negara ini sudah terdedah kepada pornografi.

Menurut Pensyarah Sains Psikologi Sunway University, Meng Zheng Lim yang melakukan kajian bersama dengan UPM, lebih 29 peratus responden yang ditemui mengakui mula menonton pornografi di peringkat sekolah rendah.

Kajian itu turut mendapati, 44 peratus responden mula menonton pornografi antara usia 13 hingga 15 tahun manakala masing-masing 13 peratus bagi peringkat umur 16 hingga 17 tahun dan 18 hingga 25 tahun.

Sementara itu, Mohd Fazari berkata, JKM turut mengadakan module ‘Sahabat B.i.j.a.k (Banteras, Indeks, Jenayah, Terhadap Kanak-kanak) Save and Protect’ bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai penjagaan keselamatan termasuk aspek penggunaan laman sesawang yang betul.

“Menerusi module yang mendapat kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) itu, kanak-kanak didedahkan mengenai pemilihan laman sesawang yang sesuai untuk dilayari termasuk apa yang boleh mereka lakukan ketika berada di alam maya.

“Selain itu, JKM juga memiliki 139 Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) di seluruh negara dan ia boleh digunakan untuk mengadakan module yang memberi pendedahan mengenai bahaya pornografi kepada kanak-kanak di peringkat komuniti,” katanya.

Berita berkaitan

‘Aku dah buang tagih’ [METROTV]

More tonton ...

› tags: tonton /