Tonton percuma dalam pesawat AirAsia

November 9, 2017 - tonton

Ketua Kumpulan Ancillary Air­Asia, Choudhury Hassan Peter berkata, kemudahan istimewa itu mula disediakan semalam dengan kerjasama saluran portal dalam talian, Tonton.

“Saya teruja dengan kerjasama ini dan yakin penumpang dapat merasai pengalaman baharu sepanjang penerbangan mereka.

“Selain menonton filem dan drama, penumpang juga berpeluang mendengar muzik serta bermain dalam talian sebelum sampai ke destinasi mereka,” katanya dalam sidang akhbar sempena majlis pelancaran Tonton di AirAsia di sini, semalam. Yang hadir sama ialah Pengurus Besar Tonton, Ben Jern Loh.

Dalam majlis tersebut, Tonton turut memperkenalkan duta mereka iaitu penyanyi Ayda Jebat serta pelakon Redza Rosli.

Peter menjelaskan, pihaknya yakin kemudahan baharu itu akan menarik minat pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan mereka di samping merasai penerbangan yang lebih me­nyeronokkan.

“Penumpang boleh menonton rancangan kegemaran walaupun pesawat berada di ketinggian 10,000 kaki,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jern Loh berkata, beliau yakin penerba­ngan tersebut mampu menarik minat penumpang selain berpeluang melancong dengan penerbangan tambang murah AirAsia. – UTUSAN

More tonton ...

  • Baucar khas pakej Tonton VIPBaucar khas pakej Tonton VIP Istimewa sempena sambutan Hari Malaysia, seramai 1,000 pelanggan awal pakej Tonton VIP akan menerima baucar membeli-belah bernilai RM30 daripada CJ WOW Shop. Baucar itu khas bagi ahli […]
  • Muahciked: Tonton adik secara onlineMuahciked: Tonton adik secara online Salam Ahad, jumpa lagi semua kesayangan saya. Minggu ini adik nak cerita mengenai kemunculan drama ‘online’. Mungkinkah ia menarik minat penonton dan adakah ia bakal diterima dengan baik? […]
  • Simak, Ini Rekomendasi Film Asing Layak Tonton September 2016Simak, Ini Rekomendasi Film Asing Layak Tonton September 2016 Liputan6.com, Jakarta Bulan September sudah datang. Seperti biasa, sejumlah film-film impor pun sudah ramai untuk mengantri masuk bioskop Indonesia di bulan ini. Lantas, dari sejumlah film […]

› tags: tonton /