Tonton, ntv7 siar kejohanan DOTA2

January 5, 2017 - tonton

KUALA LUMPUR: Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) mencipta sejarah tersendiri apabila portal dalam talian, tonton, dan saluran NTV7 dipilih sebagai penyiar rasmi kejohanan ESL One Genting DOTA2 yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands.

Peminat acara e-sukan ini berpeluang melihat lapan pasukan handal dunia termasuk dari Malaysia, Fnatic, bertarung untuk merebut gelaran ESL One Championship dan hadiah keseluruhan bernilai AS$250,000 (RM1.13 juta) pada pertandingan yang bermula dari 6 hingga 8 Januari ini.

Semua 6.3 juta pengguna berdaftar tonton dapat melayarinya menerusi saluran definisi tinggi (HD) secara percuma untuk peringkat separuh akhir yang berlangsung pada 6 dan 7 Januari. Manakala pusingan akhirnya pada 8 Januari pula akan disiarkan NTV7 bermula jam 6 Petang.

Serentak dengan itu, menerusi kerjasama dengan penganjur, ESL One Genting, MPTN turut membawakan kejohanan ‘1 vs 1’ yang diadakan di Driveway Boulevard, Berjaya Times Square Mall, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam, pada 8 Januari.

Pertandingan yang diadakan secara percuma ini hanya terhad kepada 32 pemain saja.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP), Datuk Kamal Khalid, berkata pihaknya berbangga kerana dapat menyediakan height untuk kejohanan e-sukan yang semakin renouned di kalangan peminatnya di Malaysia.

“Inilah peluang terbaik buat peminat DOTA2 untuk menyaksikan kejohanan ini walaupun tidak dapat hadir ke lokasi kejohanan. Ia juga sebagai penghargaan kepada penonton yang terus menyokong kami,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Asia ESL Asia, Piantchenko-Graf Mickael, begitu berbangga dapat membawa kejohanan ini ke Malaysia dan berharap peminat DOTA2 dapat merasai sendiri kehangatan kejohanan bertaraf dunia ini.

More tonton ...

› tags: tonton /