Tonton Merindu Merapoh hari ini

December 30, 2017 - tonton

Dokumentari berdurasi 37 minit itu mengisahkan tentang budaya dan aktiviti penduduk tempatan, keindahan ratusan gua misteri kebanggaan Merapoh serta kehijauan hutan hujan tropika berusia ratusan juta tahun yang menjadi aset kepada aktiviti ekopelancongan di situ.

Selain itu, dokumentari itu turut memaparkan konflik dan kesan yang berlaku di Merapoh akibat aktiviti pembalakan hutan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pahang hingga memusnahkan alam semula jadi di situ.

Tujuan dokumentari itu diterbitkan bagi memupuk kesedaran­ kepada orang ramai supaya menghargai keindahan alam semula jadi yang masih dimiliki negara ketika ini supaya ia dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

More tonton ...

› tags: tonton /