Peminat UK perlu bayar tonton F1 mulai 2019

March 23, 2016 - tonton

LONDON: Peminat Formula Satu (F1) di Britain tidak akan dapat menonton siaran langsung siri perlumbaan menerusi siaran tv percuma mulai 2019 selepas Sky mendapat hak siaran eksklusif selama enam musim untuk siaran di Britain dan Ireland.

Sky menerusi kenyataannya menyebut, mereka akan menjadi penyiar rasmi siri perlumbaan F1 di UK dan Ireland mulai 2019 hingga 2024.

Tanpa memberitahu butiran kewangan terbabit, perjanjian dicapai Sky itu akan menyebabkan jutaan peminat F1 di UK dan Ireland perlu membayar saluran tertentu untuk menontonnya.

Begitupun, Sky mengesahkan pihaknya menyiarkan Grand Prix British secara percuma termasuk sesi kelayakan dan module bual bicara mengenai perlumbaan itu.

Selain itu, pemilik siaran tv berbayar Eropah juga mengesakan pihaknya akan menyiarkan siaran langsung perlumbaan berkenaan dalam format definisi tinggi ultra mulai 2017. – Agensi

More tonton ...

› tags: tonton /