Peluang tonton AJL31, makan malam bersama selebriti

January 20, 2017 - tonton

KUALA LUMPUR: Menyemarakkan Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31), portal Tonton menghargai peminat khususnya di Melaka dengan mengadakan acara tayangan module itu secara definisi tinggi (HD) di Golden Screen Cinemas (GSC), Dataran Pahlawan, Ahad ini.

Kali kedua kerjasama antara Tonton, GSC dan TV3 diadakan, empat dewan dibuka pada 22 Januari ini untuk peminat menyaksikan acara penuh berprestij terbabit.

Seperti tahun sebelumnya, selebriti renouned akan menemani pengguna portal berkenaan untuk sama-sama menyaksikan karya yang bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-31.

Sebelum Tayangan Eksklusif HD AJL31 bermula, peminat dapat menyaksikan barisan selebriti dalam acara Karpet Merah Tonton bermula jam 8 malam yang dihoskan oleh penyampai Kool FM, Liza, dan Hefny Sahad. Acara ini juga boleh diikuti secara langsung oleh pengguna Tonton di laman web dan aplikasi portal terbabit.

Antara selebriti yang turut serta menghangatkan acara di Melaka ialah Redza Rosli, Zamarul Hisham, Ruhainies, Mimi Lana, Puteri Aishah, Dazrin Kamarudin, Mustaqim Bahadon, Idris Khan, Raja Afiq, Kamal Sumbu, Abam Bocey, Amir dan Syai Seekers serta kumpulan Forteen.

Lebih menarik, 100 peminat VIP berpeluang untuk makan malam secara eksklusif dan beramah mesra bersama selebriti berkenaan.

Pada masa sama, pelakon, Nadzmi Adhwa, pula akan menemani anda menerusi ‘Facebook Live’ yang menjanjikan aktiviti menarik, antaranya temubual eksklusif bersama selebriti popular.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, ntv7, 8TV dan Tonton, Airin Zainul, mereka sepakat mengadakan tayangan eksklusif terbabit berikutan sambutan hangat diterima pada tahun lalu.

“Kali ini, kami keluar dari Lembah Klang untuk meraikan pengguna Tonton di Melaka. Kami memilih negeri itu sebagai destinasi Tonton tahun ini bagi memberi peluang kepada peminat AJL di selatan tanah atmosphere merasai kehangatan malam gemilang acara anugerah berkenaan di skrin besar dan eksklusif,” kata Airin.

Selain berpeluang memenangi tiket ke tayangan eksklusif ini menerusi peraduan #AJLLaguku, peminat juga boleh mendapatkan tiket dengan pembelian pakej tonton VIP menerusi #jelajahtonton yang diadakan di GSC, Melaka Megamall Dataran Pahlawan. Tiket kaunter juga masih dibuka pada 20, 21 dan 22 Januari ini di tempat sama.

Mereka yang berminat boleh melanggan Tonton VIP RM10 bagi menebus sekeping tiket Tayangan HD Eksklusif AJL31. Tonton turut menawarkan pakej lebih menarik, iaitu dengan melanggan Tonton VIP RM96, pembeli berpeluang menebus dua tiket ke acara itu serta dua pas eksklusif makan malam bersama barisan artis renouned yang dibawa.

Penyokong tegar AJL31 yang berkunjung ke GSC Dataran Pahlawan pada 20 Januari sehingga malam AJL31 juga berpeluang untuk mendapatkan pakej makan malam bersama barisan artis dengan harga istimewa RM50.

More tonton ...

  • Tonton, ntv7 siar kejohanan DOTA2Tonton, ntv7 siar kejohanan DOTA2 KUALA LUMPUR: Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) mencipta sejarah tersendiri apabila portal dalam talian, tonton, dan saluran NTV7 dipilih sebagai penyiar rasmi kejohanan ESL […]
  • Jom tonton wayang percumaJom tonton wayang percuma Sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik Thailand dengan Malaysia, kerajaan negara gajah putih itu ‘belanja’ penggemar filem lima karya terbaiknya secara percuma menerusi Pesta Filem […]
  • Tonton padat, canggihTonton padat, canggih Wajah baru portal video nombor satu Malaysia, Tonton, yang diperkenalkan pada 20 April lalu mendapat sambutan positif daripada peminat. Portal yang boleh diakses menerusi Tonton.com.my […]

› tags: tonton /