Meninggal ketika tonton aksi Chong Wei dan Lin Dan

August 21, 2016 - tonton

Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr. Juita Ghazalie ketika mengesahkan perkara itu berkata, mangsa dikenali sebagai Lum Wah Wong, 64, dari Papan di sini.

“Paramedik dari Hospital Batu Gajah mengesahkan mangsa meninggal semasa menonton badminton di rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, Wah Wong yang menonton di rumah kakaknya bersorak ketika Chong Wei dan Lin Dan masing-masing terikat 20-20 pada set penentuan sebelum dia tiba-tiba jatuh dan meninggal kira-kira 8.55 malam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Mohd. Nasri Omar mengesahkan kematian tersebut dan berkata mangsa mempunyai masalah jantung.

“Berdasarkan laporan doktor, mangsa mati disebabkan jantung. Memang mangsa ada menerima rawatan jantung,” katanya. – BERNAMA

More tonton ...

› tags: tonton /