MBI sediakan skrin gergasi tonton aksi final Chong Wei

August 20, 2016 - tonton

IPOH: Penduduk di sekitar bandar raya ini berpeluang menyaksikan debaran perlawanan akhir perseorangan badminton lelaki sempena Sukan Olimpik Rio 2016 di antara Datuk Lee Chong Wei dan Chen Long beramai-ramai yang disediakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Skrin gergasi itu dipasang di Dataran KTM di sini bagi membolehkan orang ramai bersama-sama memberikan sokongan padu kepada pemain negara bermula jam 7.45 malam ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, turut dijadual hadir menyaksikan perlawanan akhir berkenaan.

Jurucakap MBI berkata, kerjasama warga kota adalah dipohon untuk sentiasa menjaga kebersihan sepanjang menyaksikan perlawanan berlangsung.

“Semoga penantian pingat emas akan dapat dijelmakan pada malam ini buat seluruh rakyat Malaysia,” katanya kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

More tonton ...

› tags: tonton /