Letupan cederakan 8 orang sedang tonton Euro 2016

June 28, 2016 - tonton

Portal The Star Online yang memetik Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd. Rahim Jaafar sebagai berkata, kejadian itu terjadi kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

Difahamkan kebanyakan mangsa sedang menonton perlawanan bola sepak Euro 2016 di kawasan itu ketika kejadian berlaku.

Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Puchong, Mohd. Hisam Mat Yasih berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3 pagi.

Menurut saksi di tempat kejadian, letupan itu turut menyebabkan cermin sebuah premis pecah sehingga menyebabkan orang awam yang berada di lokasi berkenaan cedera.

Sepasukan anggota polis forensik dan Unit Anjing K9 PDRM turut berada di tempat kejadian pada pukul 4 pagi tadi.

Sehingga kini, belum ada maklumat terbaharu mengenai jumlah sebenar yang tercedera dan design letupan itu. – UTUSAN ONLINE

More tonton ...

› tags: tonton /