Isteri tonton TV ketika suami rentung

June 12, 2016 - tonton

KOLKATA: Pasukan bomba yang memecah masuk sebuah pangsapuri dipenuhi asap di Manicktala terperanjat apabila mendapati wanita berusia 57 tahun diselaputi jelaga dan minyak tanah sedang menonton televisyen ketika suaminya rentung di bilik sebelah.

Lebih memeranjatkan, apabila polis tiba mereka menemui topi keledar polis dan radio tanpa wayar dalam kereta Maruti Alto milik pasangan itu yang mana terdapat pelekat ‘polis’ di cermin depan dan belakang.

“Bayangkan kejutan yang kami dapati apabila mendapati Ranjit terbaring di bilik kedua, rentung sepenuhnya. Wanita di bilik satu lagi berhampiran televisyen, hampir tidak bernafas.

“Beliau pada awalnya tidak perasankan kami. Beliau kemudian mendakwa sudah menjerit meminta maaf tetapi tiada siapa bertindak balas. Kami bertanya mengapa beliau mengunci pintu, katanya beliau terlalu takut untuk menyeberangi bilik suaminya,” kata pegawai.

Sutapa kemudian berkata, suaminya cuba membunuhnya.

Mengesyaki ada lebih banyak kejutan, polis Manicktala menahan wanita berkenaan, Sutapa Barat, dan seorang rakan lelakinya.

Penduduk sayap G pangsapuri yang menempatkan kediaman pasangan itu juga menyaksikan asap tebal keluar dari tingkap bilik tidur kediaman mereka yang terletak di tingkat dua kira-kira 12.30 pagi waktu tempatan pada Sabtu.

Penggera berbunyi dan penduduk segera berkumpul tetapi terkejut kerana Ranjit atau Sutapa tidak meminta tolong atau bertindak balas kepada jeritan mereka.

Apabila semakin ramai jiran berkumpul di luar, sebahagian daripada mereka memutuskan untuk bertindak. – Agensi

More tonton ...

› tags: tonton /