Facebook lancar aplikasi tonton video di TV

February 20, 2017 - tonton

Menurut gergasi teknologi itu dalam satu perkongsian blog, aplikasi tersebut akan ditawarkan bagi Apple TV, Samsung Smart TV dan Amazon Fire TV tidak lama lagi.

Blog itu menjelaskan, para pengguna berpeluang untuk skrol melalui suapan berita sambil menonton video daripada garis masa aplikasi pada waktu yang sama.

Bunyi juga akan timbul dan hilang secara perlahan-lahan apabila seseorang skrol melalui suapan be­rita. Sebelum ini, video dimainkan tanpa bunyi, dan hanya akan keluar apabila ia dibuka.

The Wall Street Journal melaporkan bulan lalu, Facebook sedang mewujudkan aplikasi kotak televisyen yang akan membawanya lebih dekat kepada vi­deo langsung dan iklan.

Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg awal bulan ini berkata, pihaknya menjangkakan peningkatan utama dalam pengambilan pekerja dan perbelanjaan lain tahun ini disebabkan oleh pelaburan video dan ke­utamaan lain.

Tahun lalu, syarikat itu juga memperkenalkan penstriman video langsung, Facebook Live yang dilihat sebagai ancaman berpotensi kepada penyiaran te­levisyen. – REUTERS

More tonton ...

› tags: tonton /