Benzema sekadar mampu tonton TV

June 11, 2016 - tonton

LONDON: Penyerang sensasi Real Madrid dan Perancis, Karim Benzema sekadar menonton kemenangan 2-1 skuad negaranya ke atas Romania dalam aksi sulung Euro 2016, malam tadi menerusi televisyen.

Penyerang Real Madrid itu tidak disenaraikan dalam skuad kali ini selepas digantung Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) kerana didakwa terbabit dalam memeras ugut rakan sepasukan, Mathieu Valbuena berkaitan pita rakaman seks.

Dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun selepas dia turut dituduh menggalakkan Valbuena untuk membayar kepada pemeras ugut itu.

Walaupun masih kecewa kerana tidak disenaraikan dalam pasukan Perancis, namun Benzema tetap meluangkan masa menonton pasukan berkenaan beraksi. – Agensi

More tonton ...

› tags: tonton /